Showing posts with label ::~ blog lama. Show all posts
Showing posts with label ::~ blog lama. Show all posts

Merisik...

Tuesday, August 23, 2011


Gila kuasa betul Ara dalam satu hari sampai lebih dari satu entry...bukan apa, sementara ada mood berblog ni. Kalau dah takde nanti jangan harap, bersawang semak bagai semua ada. Bimbang ada anakonda jer nanti kat sini...hahhaha

Bila sebut bab ni, memang best. Baru lah Ara rase yang En.Bab serius rupanya dalam perhubungan ni. Umi sms Ara tanya macam mana kalau diorang nak datang merisik. Ara tak dapat nak bagi jawapan sebab kena bincang dengan Mdm Sara & abah dulu. Bila Ara buka mulut ngan Mdm Sara a.k.a mak (dalam hati serammm jer...), mak senyum jer. Kebetulan waktu itu, kami merancang nak buat kenduri doa selamat mbong (kakak sulung Ara) pregnant 8 bulan. Mak cakap sekali jalan. Makan berlangsung lah 2 majlis dalam satu hari :-)


Inilah hasilnya pada hari itu...ahaks ;-p

Tarikhnya pada 31 Julai 2010. Selepas itu Ara dapat rase perubahan sikap En.Bab iaitu sebelum ni dia jenis yang selamba Jepun jer (dan kadang-kadang takde perasaan) tapi selepas tu dia makin ambil berat pasal Ara. Setelah merisik, Ara pun mula lah memikirkan tentang our wedding. Kami dah sepakat tak buat majlis bertunang, nanti acara bertunang sekali jalan dengan majlis akad nikah. Ok kan? ;-)


Nota Ara ::~ Merisik

Perkenalan...


Salam semua...

Korang mesti nak tahu macam mana Ara kenal dengan En. Bab kan?




Ini lah tempatnya :-) Masa tu tahun 2009, dan Ara masih bekerja di tempat lama. Sesambil buat kerja, sambil melayan benda ni (kantoi disitu)...hahahah. Masa tu kalau ada chatters tegur, Ara mesti tanya soalan "Umur?". Sebab ramai chatters ni budak-budak bawah umur, pastu guna nick name ntah hape-hape. Takut nak layan. Tapi masa En. Bab tegur Ara, dia guna nama penuh dia yang panjang lebar tu...hahahah.
Lepas chat, dia bagi nombor phone. Seperti biasa, nombor itu akan ditapakan seketika sebelum langkah seterusnya...hehehe. Yang Ara ingat tarikh 23 Mac 2009 tu lah tarikh kami kenal. Kenal kat dalam YM nih. Kadang-kadang tak dapat nak chat sebab masa tu Ara selalu kerja luar dengan bos. First time Ara call, dengar suara dia yang garau tu...hahaha. Macam gatal lah pulak Ara yang call dulu. Bukan apa, manalah tau boleh dapat jodoh kan...hehhhe...

Bila tanya dia kerja apa, dia jawab kerja sendiri ajer. Ara pun macam best pulak borak dengan dia sebab dia banyak idea. Lepas tu tukar-tukar lah nombor telefon. Tapi dia pakai Celcom, Ara lak guna Maxis (tetap dan berpencen....hahahha), mahal sket lah nak sms. Lepas call kali pertama tu lah Ara terus berhubung dengan dia sampai sekarang dan insyaAllah dalam tempoh sebulan setengah lagi dia bakal suami Ara...InsyaAllah :-)

Pertemuan pertama kami pada 7 Mei 2010. Setahun 3 bulan kenal baru nak jumpa. Dari kerja kat Temerloh sampailah kena campak ke Segamat, baru nak jumpa. Itupun dia undang Ara ke majlis kawin sepupu dia di Bentong. Ara datang denga adik lelaki Ara. Punya lah takot sebab tak kenal sape-sape pun kat situ even him. Dari jauh Ara rasa umi (bakal MIL) En.Bab. Dia cakap "Nani ye?" dari jauh, Ara tak dengar tapi gerak bibir umi Ara teka lah...hehehhe. Ara angguk sambil senyum dan pegi dekat dia. Masa tu En.Bab yang malu-malu sedang bertugas...tugas???....ye tugas. Dia berbakat jadi DJ kat umah orang-orang kawin sebab hobi dia bercakap dan menyanyi...hehhehee...
Itulah pertemuan pertama kami.....cerita selanjutnya Ara menyusul lagi. Ni pon dah meroyan nak tulis blog semula. Dah lama tak berblog, blog lama pon dah bersawang dah tu. Kawan-kawan blog pun lama tak jumpa...kadang-kadang nak blog walking pun malasssssssss.....huhuhu


Nota Pink ::~ tak lama dah 2nd Anniversary :-)