Walaupun dah berapa haribulan hari ni, tapi still dalam bulan Mei...hahaha. 7hb Mei haritu Harijadi abah kesayangan aku. Yang ke 60 tahun.
"Selamat Harijadi abah...kita dah menyambutnya bersama tempoh hari :-) De sayang abah dan selalu mendoakan abah sentiasa sihat. De rela balik Temerloh saban minggu sebab nak tengok abah dan de tau abah akan berasa sihat bila de bali. Sebab tu de sanggup. Dan de pon tengah usaha untuk lebih dekat dengan abah. Walaupun lambat lagi tapi de tak putus asa untuk makin dekat dengan abah"
Sejak kebelakangan ni aku melihat abah dah tak sekuat dulu. Bila melihat abah air mata aku boleh mengalir bila-bila masa saja. Aku selalu mendoakan agar aku panjang umur, biar aku boleh membahagiakan mak dan abah sepanjang masa selagi termampu. Dan aku juga berdoa agar abah panjang umur biar dia boleh menikmati kebahagiaan hidup daripada anak-anak. Terima kasih abah...segala yang abah berikan de tak mampu nak bayar...de hanya mampu memdoakan kesejahteraan abah sahaja. "I LOVE YOU SO MUCH"

Mei jugak Hari Ibu disambut diseluruh dunia. Macam tu jugak dengan ibu-ibu di Malaysia. Macam-macam cara aku tengok orang di Malaysia ni sambut hari ibu masing-masing. Bawak mak jenjalan, makan-makan, belikan hadiah, bawak mak pi spa dan macam-macam lagi...

Sempena hari ibu juga, aku nak mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" untuk mak. Tiada kata yang boleh menggambarkan kasih sayang de pada mak. Mak adalah kekuatan de untuk terus hidup. Mak adalah segalanya untuk de. "I LOVE YOU VERY MUCH MAK"
Sama macam abah jugak, sejak kebelakangan ni mak nampak makin berusia. Tidak sesihat dulu. Mak jarang sakit, tapi baru-baru ni mak demam. Aku risau sangat. Meronta-ronta hati ni nak balik Temerloh masa tu. Tuhan je yang tau. Bila sampai rumah mak nampak kurang bermaya. Badan mak gatal-gatal....kesian mak. Sayu sungguh hati ini melihat mak. Tak rela tengok mak sakit. De pon mendoakan mak sentiasa sihat dan kita akan mengharungi kehidupan ini bersama-sama ye mak....
Nota Pink ::~ Segalanya untuk kamu berdua....