Tak Jadi Pegi...

Friday, January 28, 2011

Salam semua sahabat Ara...

Tahun baru 2011 dah sebulan dah tapi Ara tak sempat langsung nak buat entry baru. Sibuk di awal tahun. Dalam masa yang sama sibuk jugak dengan "Projek Mega 2011" tu. Kepala pun dah naik pusing ni. Terlalu banyak benda nak difikirkan dan nak kena buat.

Cuma ada satu hal yang buat Ara gembira :-)
perkhabaran En. Bab yang tak jadi nak menerima offer bekerja ke Singapura...rasa berbunga-bunga hati ini...hehehhee...dia ambik keputusan untuk buka bisnes semula macam sebelum ni.

Ini dia, Restoran Abg Chik yang beroperasi di Taipan USJ6 (bersebelahan dengan Masjid Al-Falaq). Baru dibuka pada 18 Januari lepas.




Sebelum ni, En.Bab dah pun buka restoran di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Tapi atas sebab-sebab tertentu kedai tu terpaksa ditutup. So, ini new baby dia...hehehhe. Sanggup mengabaikan Ara kekadangnya sebab baby dia ni...huhuhu. Tapi takpe, Ara faham ( konon lah...ahaks :-p ).

Sebenarnya inilah yg Ara harapkan dari dia. Menjalankan bisnes semula dan tak jauh sangat meninggalkan Ara...hahahha....Sebenarnya Ara belum pun sampai ke restoran ni. Gambar adalah curi daripada album cousin dia di FB...hehehe.

Dia berkali-kali suruh Ara datang, tapi masa belum mengizinkan. Maklumlah, jauh kan. Tapi takpe, nanti Ara jugak tokeynya....hahahha...perasan tau.

Kepada semua sahabat-sahabat blogger Ara, silalah datang makan atau ngeteh kat sana ye. Ni promote nih, kot-kot cik abang boleh bagi token kat Ara...hahahha. Restoran Abg Chik ni beroperasi dari pagi sampai malam. Pagi ada sarapan, tengah hari ada banyak lauk-lauk, ulam-ulam, sambal-sambal kampung, petang pulak ada alakad dan jugak western food. Mintak apa aje, semua ada. Sila lah datang ye :-)

Entry akan datang Ara snap pic signboard pulak. Bukti Ara dah sampai sana...hahahah...



Nota Pink : Tak sabar nak deco kedai tu...si dia menunggu :-)

3 comments:

Anonymous said...

allahdulillah ara.. rezeki tu...

iina said...

wah cam best.. tapi akak jauhlah dik xdpt nak singgah ;)

arapink said...

cc,
alhamdulillah...x lah jauh sgt :-)


kak iina,
nnt akak balik Malaysia boleh lah singgah ye :-)