Salam Aidilfitri....

Monday, September 6, 2010



Ramadhan tahun ni tak semeriah tahun lepas. Tahun ni aku berpuasa di rantauan. Kalo you all tengok entry tahun lalu, memang setiap hari ada saja yang aku bualkan, dari langsir sampailah ke kuih raya dan juga lemang. Semua ada.....tapi tahun ni, puasa ke-6 aku berkursus 2 minggu...bila balik kerja berlambak. Memang tak ada masa nak buat entry baru...hati sangat geram sebab kenapa aku tidak serajin dulu nak belek blog kesayangan aku ni.....

Dikesempatan ini, ARAPINK ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua sahabat-sahabat blog Ara tersayang yang berada di Malaysia, mahupun di luar negara yang tak dapat pulang beraya dengan keluarga....Jangan sedih-sedih ya. Bila berpeluang pasti dapat pulang juga berhari raya. Kalian semua sentiasa di hati Ara. Berhati-hati di jalan raya nak balik kampung dan sambutlah lebaran kali ini dengan penuh kegembiraan bersama yang tersayang :-)



Nota Pink ::~ Lambatnya Khamis...uwaaaaaaaa....nak balik kampong...hohohoho...balik kampung :-)



2 comments:

Aida Rezuan said...

Salam Ara,

Selamat hari raya Aidil Fitri ye. Maap zahir batin. :)

mamarempit said...

selamat hari raya
maaf zahir batin
mtk halal termakan terminummm