Tengok tajuk macam gempak jer kan? hahaha...cemas jugaklah. Tadi aku balik kerja, abang aku jemput. On the way, kami borak-borak. Dia cakap rumah terbakar. Terbakar???!!!! Biar betul. Tapi aku tengok muka dia senyum-senyum...Tu yang aku pelik tu, kalau betul terbakar, kenapa takde siapa yang call aku kat ofis? Kenapa macam tenang jer kan...Aku cakap cuba ceritakan apa yang terjadi sebenarnya.
Ni bahagian pintu lama yang terbakar....sikit jer tapi first time jadi nih...tak penah lagi sebelum ni...huhuhu
Rupanya benar terjadi walaupun hanya kebakaran kecil sahaja. Tapi kebakaran yang besar-besar tu jadi bermula dengan kebakaran kecil kan? Haaaa.....abang aku cakap ni semua angkara Cik Wani main bunga api siang-siang buta...bertuah betul budak tu. Petang tadi waktu Asar, dia main bunga api. Tak tahu macam mana puncanya, dia main bunga api...dengan seliaan Mdm. Sara. Lepas tu ntah macam mana Mdm. Sara masuk kerumah sebab nak mandi. Cik Wani masih main bunga api. Lilin pun masuk tak dipadamkan lagi...mungkin angin bertiup atau Cik Wani cucuh-cucuh bunga api kat tempat lain. Leka dengan bunga api, api makin besar. Cik Wani pon dah menyorok dalam bilik aku. Nasib baik abang aku ada. bau dah hangit dan asap dah berkepul-kepul. Adehhh....alhamdulillah lah semua selamat. Hasilnya karpet kecit Mdm. Sara berlobangggg...huhuhu...gambar karpet tu tak sempat nak snap sebab dah terbang ke dalam tong sampah depan rumah. Baru lagi rasanya aku post entry pasai main bunga api....hari ni dah terbakar rumah...nak marah lebih-lebih anak orang tu...kitorang tak cerita kat ibu dan abah Cik Wani. Tapi tataulah mulut si Fahmi tu, kot-kot mengadu...hehehe...ni lah hal yang jadi hari ni...menakutkannnn!!!!!!!!!!!!!!
Nota Pink ::~ Harap jangan terjadi lagi......... Nauzubillah....